Minit Mesyuarat Bil 1,2010

|

SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT LADA 2

LAPORAN MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL.1/2010

Tarikh : 25 JANUARI 2010

Masa : 02.05 Petang

Tempat : Makmal Komputer

Kehadiran :

Hadir.

1. En. Abd Aziz b Yeop Othman

2. Pn. Rosniah bt Zainol Abidin

3. Pn. Rodiyah bt Ismail

4. Pn. Noraisyah bt Mohd arif

5. Pn. Noraisyah bt Samsudin

6. Pn. Norizan bt Samsuddin

7. Pn. Wan Masnizarita bt Wan Mohamad

8. En. Akhirul aman b Omar

Tidak Hadir

1. Norazlina bt Damhuri - Cuti bersalin

Agenda :

1. Ucapan Pengerusi

1.1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli panitia dan mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir dalam mesyuarat pada kali ini.

1.2. Pengerusi juga mengalu –alukan kehadiran wakil pentadbir sekolah atas kesudian

1.3. menghadiri mensyuarat kali ini.

2. Ucapan Penolong Kanan

2.1. Guru Penolong Kanan mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada Pn. Rosniah Zainol Abidin selaku pengerusi kerana berjaya mengadakan mesyuarat panitia pada kali ini.

2.2. Beliau berharap agar kualiti matapelajaran sains tahun 2010 dapat dipertingkatkan lagi terutamanya dalam peperiksaan awam dan juga bagi tahun-tahun lain.

2.3. Selaku Penolong Kanan beliau meminta agar fail Pengurusan panitia sains 2010 dapat diperkemaskan lagi memandangkan fail pengurusan in amat penting sebagai panduan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah ini.

2.4. Justeru itu beliau meminta laporan minit mesyuarat haruslah diedarkan kepada panitia masing-masing dalam tempoh tiga hari selepas mesyuarat diadakan.Satu salinan laporan Minit mesyuarat juga mestilah diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran untuk difailkan.

3. Pelantikan Setiausaha

3.1 Ahli panitia sains sebulat suara melantik Pn. Rodziah bt Ismail selaku setiausaha panitia sains bagi sesi 2010

4. Pengesahan Minit Mesyuarat

4.1Pn. Norizan bt Samsudin telah mengesahkan minit mesyuarat lalu dan disokong oleh

En.Akhirul Aman b Omar

5. Perkara Berbangkit

5.1 Tiada perkara berbangkit yang dibincangkan.

6. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

6.1 Rancangan Pelajaran

6.1.1 Pengerusi meminta setiap panitia mesti memiliki sukatan pelajaran tahunan dan bagi ahli panitia yang tidak mempunyai sukatan tersebut bolehlah mengambilnya daripada Setiausaha.

6.1.2 Rancangan dan sukatan pelajaran haruslah dihantar bersama-sama bukurekod mengajar kepada PK Pentadbiran di setiap hari Jumaat.

6.1.3 Rancangan Pelajaran Tahunan bagi semua tahun ada dalam simpanan Ketua Panitia.

6.1.4 Setiap panitia mestilah menulis rancangan Pelajaran Harian mengikut format yang betul seperti di bawah:

* Theme: ...........................................................

* Learning area : ...............................................

* Learning objective: ........................................

* Learning Outcomes: Pupils are able to…………………………….

* SPS/SMS : ………………………………………

* Activities: ………………………………………

7. Pengurusan Fail

7.1 Terdapat 7 item / instrument yang perlu dilengkapkan dalam fail pengurusan panitia.

7.2 Pengerusi juga menjelaskan bahawa Kajian Tindakan perlu dibincangkan memandangkan permintaan Guru Besar agar setiap panitia membuat kajian tindakan dalam panitia masing-masing.

8. Penilaian dan Pentaksiran

8.1. Pengerusi menjelaskan pada tahun 2010 berkemungkinan terdapat 4 kali peperiksaan akan berlangsung iaitu OTI 1, Peperiksaan pertengahan tahun (OTI 2), percubaan UPSR, dan juga peperiksaan akhir tahun

8.2. Pengerusi menjelaskan bahawa soalan-soalan bagi ujian topikal dan bulanan perludisediakan oleh guru –guru. ( Rujuk Lampiran 3 ) Manakala kelas-kelas yangterlibat dengan peperiksaan awam, soalan-soalan peperiksaan akan dibeli olehpihak sekolah.

8.3. Pengerusi meminta agar penyelaras bagi setiap tingkatan membuat analisa sebaik saja peperiksaan selesai dan membuat Headcount bagi setiap pelajar.

8.4. Setiap guru pelajaran wajib menulis markah pelajar dalam buku rekod mengajar masing-masing

9. Analisa UPSR 2009 – Sila rujuk lampiran

9.1. Ketua panitia membentangkan keputusan analisa UPSR 2009 bagi mata pelajaran sains dan meminta guru-guru tahunan menyediakan post mortem.

10. Aktiviti Panitia 2009

10.1. Pelantikan Penyelaras Tahun dan AJK Panitia

Tahap 1 - Wan Masnarita

Tahap 2 Akhirul Aman b Omar

Bilik Sains - Noraishah bt Shamsudin

Norizan bt Samsudin

Stok dan iventori –Norazlina bt Damhuri

Pentaksir sekolah - Noraishah bt Mohd Arif

11. Aktiviti yang dirancang sepanjang 2010

* Ceramah dan Program Motivasi bagi tahun 6 dan tahap 2

* Kelas Tambahan petang untuk calon UPSR

* Program “face to face”

* Program Cakna Fakta

* Pengajaran duet/perkongsian pintar

* Teknik menjawab soalan bagi calon UPSR

* 5X eksperimen

* Kuiz Sains

11.1Aktiviti ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam pertemuan kali ke-2.

12. Belanjawan Tahunan

12.1Belanjawan pada tahun ini lebih menumpu terhadap pembelian alatan sains bagi menyokong aktiviti 5X eksperimen dan proses pengajaran dan pembelajaran.

12.2Memandangkan budget panitia masih belum dibentangkan oleh pihak pentadbiran maka ahli panitia diminta menyenaraikan alatan yang telah rosak atau lupus dan perlu di ganti.

13. Hal-hal Lain

13.1Pn. Noraisyah bt Mohd Arif menyarankan agar teknik menyemak kertas peperiksaan didedahkan kepada guru-guru sains agar sistem pemarkahan menjadi setara.

13.2 Pengerusi memberi jaminan untuk mengadakan teknik memeriksa kertas peperiksaan 018 ini setelan Pn Norazlina kembali bertugas setelah bercuti bersalin.

Tindakan : semua ahli panitia

13.3 Pengerusi meminta agar semua ahli panitia menggunakan modul-modul sains yang dibekalkan ke sekolah bagi memantapkan lagi penguasaan sains di sekolah ini.

13.4 Pengerusi menyarankan kepada panitia sekiranya guru terpaksa meninggalkan sekolah atas urusan yang tidak dapat dielakkan maka guru tersebut haruslah menyediakan bahan pembelajaran seperti soalan latihan kepada pelajar agar P&P sentiasa berjalan tanpa pelajar membuang masa begitu saja.

Tindakan : Semua guru

13.5 Pengerusi juga turut menyarankan agar setiap panitia menggunakan kemudahan ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian Power Point, internet, blog sains dan sebagainya.

Tindakan : Semua Guru

13.6 Beliau juga meminta agar buku rekod mengajar perlulah dilengkapi dengan senarai nama pelajar, rancangan pelajaran tahunan yang terkini dan Huraian sukatan tahunan terkini.

13.7 Penolong Kanan juga meminta agar guru-guru dapat mengenal pelajar dengan Lebih dekat bagi mengenal pasti potensi setiap pelajar supaya panitia sains dapat merancang program sains berdasarkan potensi pelajar.

Tindakan : Semua Guru

13.8 Selain itu juga beliau berharap proses pencerapan guru-guru akan dapat dilakukan oleh pihak pentadbir samada Pengetua, Penolong Kanan, atau Ketua Panitia.

Tindakan : Pihak Pentadbir

13.9Pengerusi berharap agar Persatuan sains yang ditubuhkan akan bergiat aktif

Tindakan : KP & Penasihat persatuan

Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengakhiri mesyuarat pada kali ini dengan bacaan surah “al – Asr” dan tasbih kifarah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.35 petang

Disediakan oleh,

...........................................................

(Rodiyah bt Ismail)